Sunday, November 15, 2009

[ac-i] PPN 3 di Kuala Lumpur dimulai 20 November 2009 siang

 

200 penyair jayakan Pertemuan Penyair Nusantara ( PPN ) Ke-3

Oleh Nazmi Yaakub
nazmi@bharian.com.my

PERTEMUAN Penyair Nusantara Ke-3 (PPN3) bertema "Puisi Suara Kemanusiaan" anjuran Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) akan di Kuala Lumpur, bermula 20 hingga 22 November ini, akan menghimpunkan 200 peserta dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam dan Thailand.

Setiausaha Agung Pena, Syed Mohd Zakir Syed Othman ( SM Zakir ), berkata PPN3 yang menjadi wadah dalam merealisasikan cita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat budaya yang penting di rantau Asia Tenggara, khususnya dalam konteks Asean, berjaya 80 penyertaan dari luar Malaysia. Dari Indonesia kemungkinan 35 orang penyair hadir.

"PPN3 adalah kesinambungan daripada persetujuan yang dicapai dalam gabungan komuniti penyair dari negara ini, Indonesia dan Brunei Darussalam yang menubuhkan Panitia Rasmi Pesta Penyair Nusantara pada Pesta Penyair Nusantara di Medan pada 2007 dan Pesta Penyair Nusantara di Kendiri (2008)," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 
Syed Mohd Zakir berkata, Forum Penyair: Puisi Mancanegara akan membuka tirai PPN3 dan panelnya ialah Malim Ghozali Pk dan Abizai Abi dengan Ahmadun Yosi Herfanda yang mewakili Indonesia; Sheikh Mansor (Brunei Darussalam); Djamal Tukimin (Singapura) dan Abdul Razak Panaemale (Thailand).

"Seminar PPN3 diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada hari kedua, bermula jam 8.30 pagi, dengan ucap utama oleh Sasterawan Negara (SN), Prof Dr Muhammad Salleh dan pembentangan kertas kerja oleh Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah, Jasni Matlani, Viddy AD Daery, Maman S Mahayana dan Rasiah Halil.

"Baca Puisi di Menara Petronas Kuala Lumpur / KLCC turut diadakan pada hari itu, jam 2.30 hingga 6.30 petang yang kemudian disambung dengan Baca Puisi di Rumah Pena pada sebelah malam, sekali gus memberi peluang kepada penyair untuk membaca dan mendeklamasikan puisi mereka," katanya.
 
Beliau berkata, Persidangan Penyair: Kerjasama Penyair dalam Mengataskan Suara Kemanusiaan yang dipengerusikan Timbalan Presiden Pena, Mohamed Saleeh Rahamad pula menutup PPN3 untuk membincangkan arah dan hala tuju penyair dari rantau ini serta menjadi acara 'bertukar baton' kepada negara yang bakal dipilih sebagai tuan rumah bagi pesta penyair yang seterusnya.

Penyertaan dalam PPN3 yang mendapat kerjasama DBP, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu, dikenakan yuran RM20, manakala maklumat lanjut hubungi Syed Mohd Zakir di talian 017-3427991 atau e-mel   smzakir90@gmail.com


Berselancar lebih cepat.
Internet Explorer 8 yang dioptimalkan untuk Yahoo! otomatis membuka 2 halaman favorit Anda setiap kali Anda membuka browser.Dapatkan IE8 di sini! (Gratis)

__._,_.___
blog: http://artculture-indonesia.blogspot.com

-----------------------
Art & Culture Indonesia (ACI) peduli pada pengembangan seni budaya Nusantara warisan nenek moyang kita. Warna-warni dan keragaman seni budaya Indonesia adalah anugerah terindah yang kita miliki. Upaya menyeragamkan dan memonopoli kiprah seni budaya Indonesia dalam satu pemahaman harus kita tentang mati-matian hingga titik darah penghabisan.
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment