Wednesday, September 15, 2010

[ac-i] BERITA "INDONESIA-MALAYSIA" edisi 10 - 2010

 

UTUSAN MALAYSIA-BERITA UTAMA


ARKIB : 15/09/2010

Jutawan keturunan Jawa-Johor dibunuh Peguam/pengacara keturunan India-Malaysia

Oleh NOR SEDEK ISMAIL, ZABRY,MOHAMAD, ANGELINA SINYANG, ROZIANAH RISMAN, AZIZI MAJID, MOHD. FIRDAUS ISMAIL, MOHD.ISWAN SHAFIQ MAT ISA, MOHD. ZAAIN MD. ZAIN dan ABDUL RAZAK IDRIS
pengarang@utusan.com.my

ANGGOTA polis mengawal ketat peguam bergelar Datuk, suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya ketika dibawa ke pejabatnya di Banting, Kuala Langat, semalam.




KUALA LUMPUR 14 Sept. – Empat daripada lapan suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik keturunan Jawa-Johor, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain turut disyaki terlibat dengan pembunuhan seorang kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 8 Mac lalu.

Sehubungan itu, empat suspek tersebut yang ditahan oleh Polis Bukit Aman diserahkan kepada Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat dalam kes pembunuhan K. Celladuran, 50, yang bekerja di Unit Perancangan Setinggan MPS.

Celladuran mati ditembak oleh dua lelaki pada kira-kira pukul 7.20 pagi ketika keluar dari rumahnya di Jalan 40, Selayang Baru dekat sini untuk ke pejabat.

Polis dalam kenyataan sebelum ini juga tidak menolak kemungkinan suspek yang menembak Celladuran adalah individu sama terlibat dalam kes tembak seorang lelaki di Jalan Puchong berdekatan IOI Mall dekat sini pada 4 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, keempat-empat suspek itu diserahkan kepada pihaknya semalam.

"Sama ada benar mereka adalah suspek yang dikehendaki dalam kes bunuh Celladuran belum dapat dipastikan kerana kita masih jalankan siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 11 Mac lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan tidak menolak kemungkinan suspek yang menembak Celladuran adalah individu sama terlibat dalam kes tembak seorang lelaki di Jalan Puchong.

Menurutnya, kemungkinan itu wujud berdasarkan modus operandi pembunuhan yang sama dalam kedua-dua kejadian tersebut.

Berikutan itu, kata Khalid, polis telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat secara terperinci dua kes pembunuhan itu.

Katanya, sebanyak 15 keterangan telah diambil daripada saksi-saksi kes pertama di Jalan Puchong manakala 10 keterangan diambil bagi kes Celladuran.

Dalam pada itu, kelapan-lapan suspek tersebut termasuk seorang peguam bergelar Datuk berusia 41 tahun dan adiknya turut dikaitkan dengan kes kehilangan empat lagi mangsa lain.

Empat mangsa lain yang dilaporkan hilang dan dipercayai dibunuh menggunakan modus operandi


yang sama dengan pembunuhan Sosilawati ialah seorang gadis berusia 19 tahun; ahli perniagaan dari Chennai, India, S. Usharani, 24; dan dua ahli perniagaan berketurunan Melayu dari Kuala Lumpur.


Sosilawati, 47, bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Kelmarin, polis mengesahkan berdasarkan pengakuan empat suspek, keempat-empat mangsa telah dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting di Selangor.



Sastera-BERITA HARIAN

Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Seni cempuling dipopulerkan Seniman Malaysia keturunan Jawa-Selangor


Oleh Nazmi Yaakub
nazmi@bharian.com.my
2010/09/15

SENI cempoling dimainkan oleh pemain alat muzik dari pelbagai latar belakang dan usia.

SENI cempoling dimainkan oleh pemain alat muzik dari pelbagai latar belakang dan usia.


Pendekatan dakwah Wali Songo dihidupkan kembali

MUZIK dalam konteks budaya pop selalu dikaitkan sebagai hiburan yang melalaikan sehingga menjadikan artis sebagai idola dan lagu sebagai ruang untuk melepaskan perasaan, tetapi sejarah Nusantara mencatatkan muzik dimanfaatkan sebagai bahan dakwah bukan semata-mata oleh pendakwah biasa, bahkan Wali Songo yang terkenal di Indonesia.


Ini kerana salah seorang wali sembilan itu memperkenalkan seni cempoling yang digunakan sebagai instrumen penting untuk menarik minat khalayak pendengar sehingga mereka terpaku mendengar dakwah yang disampaikannya.


Seni cempoling dibawa oleh Wali Songo ke setiap ceruk tanah Jawa yang menjadi gelanggang dakwahnya dengan memulakan tazkirah mengenai ajaran penting agama dan kebaikan yang bakal diperoleh sekiranya mengikut Islam.

Tazkirah semata-mata mungkin membosankan pendengar apatah lagi masyarakat yang belum memeluk Islam dan apabila wali berkenaan melihat tanda kebosanan pendengar atau khalayak mula beransur-ansur meninggalkan gelanggang dakwah itu, wali itu pun memainkan muzik seni cempoling.

Justeru, tidak hairanlah istilah seni cempoling itu sendiri merakam dan menggambarkan senario uslub dakwah Wali Songo terbabit apabila ia digabungkan daripada perkataan cem, pol dan eling-eling atau eling.

Cem bermaksud bermacam-macam yang boleh ditafsirkan sebagai pemain alat muzik itu dari kalangan mereka yang mempunyai kepelbagaian latar seperti petani, peneroka dan pendakwah, manakala alat yang digunakan juga bervariasi daripada sudut saiz atau jenisnya. 


Pul bermakna pelbagai jenis manusia berkumpul dan eling-eling yang dipendekkan kepada eling dalam bahasa Jawa bermaksud ingat-mengingat diri sendiri, ahli kumpulan dan masyarakat atau dalam istilah agama, ialah muhasabah dan tazkirah.

Seni cempoling menggunakan sembilan alat muzik, iaitu gong ibu dan gong anak yang sebenarnya bersaiz besar tetapi berbeza daripada sudut ketebalannya; kempul dan kempreng yang bentuknya lebih kecil daripada gong; gendang abang dan gendang adik yang tidak jauh bezanya dengan gendang gamelan atau silat untuk menghasilkan bunyi yang bertingkah antara satu sama lain dan eteng-eteng abang serta adik.

Alat kesembilan ialah tamborin sebagai ganti kepada marakas atau khas-khas kerana orang Jawa dulu menggunakan alat muzik yang diperbuat daripada labu air yang isinya dibuang tetapi kulitnya diambil.

Sejarah unik itu dikongsi oleh pengasas Warisan Wong Kampung (WAK), Dr Ibrahim Ghaffar, seniman Selangor keturunan Jawa--yang menjadi orang yang bertanggungjawab menghidupkan kembali seni cempoling yang semakin tenggelam dalam arus kemodenan selepas seni berkenaan dibawa masuk ke negara ini seawal 1928.

Dr Ibrahim berkata, peneroka yang berasal dari tanah Jawa meneroka kawasan hutan atau teruko untuk dijadikan kebun, kampung dan akhirnya menjadi pekan di Semenanjung Tanah Melayu termasuklah Kampung Bukit Kapar, Meru, Kelang.

"Masyarakat Jawa meneroka hutan untuk mencari kehidupan atau sandang tangan yang dalam bahasa Melayu bermakna mencari pakaian dan kehidupan, manakala pada waktu malam pula, mereka berkumpul untuk berhibur sambil beriling-iling dengan lagu yang diambil daripada surah berzanji.

"Ia dipanggil lagu selawatan yang berasal daripada perkataan selawat kepada nabi junjungan dengan surah berzanji itu sebagai induk yang kemudian diubah suai dengan lagu yang membawa nasihat tetapi masih dalam bahasa Jawa kuno," katanya kepada Sastera di Kampung Bukit Kapar, Meru, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Dr Ibrahim berkata, lama-kelamaan seni cempoling hilang ditelan zaman sehingga generasi pertama yang hidup dengan seni itu kembali ke Rahmatullah dan generasi seterusnya tidak lagi pandai menggunakannya tetapi ada di kalangan mereka yang masih terikat dengan seni berkenaan.

"Pada dekad 1980-an, saya bersama guru lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencungkil kembali tetapi oleh sebab generasi pertama sudah meninggal dunia, kami terpaksa bersusah sedikit untuk mencari balik dan membaik pulih alat muzik masa itu, selain memberikan motivasi kepada anak muda untuk mempelajarinya.

"Selepas anak muda termasuk saya sendiri belajar seni cempoling, kami menghidupkannya dengan nama baru, iaitu Siri Cempuling Era Baru Kampung Bukit Kapar, manakala lagunya pula diubah suai kepada lagu dalam bahasa Melayu tetapi tidak meninggalkan lagu asal, iaitu selawatan dan lagu dalam bahasa Jawa," katanya.

Seni cempoling tidak hanya diberikan nafas baru di Meru, bahkan ia kembali hidup di kawasan penepatan masyarakat Jawa di negara ini seperti di Batu Pahat, Johor dan Bagan Datoh, Perak, selain ia Kampung Bukit Kapar kekal menjadi pusat di Selangor tetapi disebarkan sehingga Banting, Sepang dan Sabak Bernam.

Puncak kejayaan mereka apabila seni cempoling yang dibawa masuk masyarakat Jawa itu kembali ke gagang atau tanah leluhur apabila Siri Cempuling Era Baru Kampung Bukit Kapar mempersembahkan seni itu di Solo, Indonesia pada 1988 dan 1993, selain pernah dibawa ke Medan dan Riau di Sumatera serta Thailand.

"Apabila masyarakat di Indonesia mendengarnya, mereka dapat menikmati iramanya tetapi agak terperanjat apabila mendengar seni kata yang dilagukan dalam bahasa Melayu.

"Bagaimanapun, tiada yang mendakwa kita yang datang bersama-sama Majlis Kebudayaan Negeri Selangor itu, memplagiat atau merampas seni cempoling, sebaliknya berasa bangga kerana kesenian warisan dari tanah leluhur semakin berkembang," katanya.



Opini-KOMPAS.COM :


Ganyang Malaysia?


Rabu, 8 September 2010 | 08:13 WIB


Oleh: Susanto Pudjomartono *

KOMPAS.com — Unjuk rasa menentang Malaysia mengenai masalah perbatasan masih terus saja bermunculan di banyak tempat. Para pengunjuk rasa umumnya terdiri dari generasi muda.

Pola unjuk rasa mereka umumnya membakar bendera Malaysia sembari menuntut agar Pemerintah Indonesia bersikap lebih "tegas" karena menganggap bahwa harga diri dan kedaulatan bangsa telah diinjak oleh negeri jiran tersebut.

Cukup banyak yang bahkan menuntut agar kita kembali "mengganyang" Malaysia seperti pada tahun 1960-an, malah kalau perlu berperang. Apa yang sebenarnya kita ketahui tentang zaman konfrontasi zaman Orde-Lama itu?

Istilah "konfrontasi" dipopulerkan Menteri Luar Negeri Soebandrio pada 20 Januari 1963. Sikap bermusuhan terhadap Malaysia kemudian dipertegas oleh Presiden Soekarno lewat diumumkannya perintah Dwi Komando Rakyat (Dwikora) pada 3 Mei 1963.

Isinya, selain perintah untuk memperkuat ketahanan revolusi Indonesia, seluruh rakyat juga diperintahkan membantu perjuangan rakyat Malaya, Singapura, Sarawak, dan Sabah untuk menghancurkan Malaysia. Indonesia menganggap pembentukan Federasi Malaysia yang didalangi Inggris sebagai upaya nekolim (neokolonialisme dan imperialisme) membentuk sebuah negara boneka.

Adapun istilah "Ganyang Malaysia" dilahirkan Bung Karno. Presiden pertama RI itu sangat gusar ketika dalam demonstrasi anti-Indonesia di Kuala Lumpur pada 17 Desember 1963 para demonstran menyerbu gedung KBRI, merobek- robek foto Soekarno, dan membawa lambang Garuda Pancasila ke hadapan PM Malaysia waktu itu, Tunku Abdul Rahman, dan memaksanya menginjak lambang Garuda tersebut.

Insiden itu membuat Bung Karno murka. Ia pun berpidato:

"Kalau kita lapar itu biasa. Kalau kita malu, itu juga biasa. Namun, kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar! Kerahkan pasukan ke Kalimantan, hajar cecunguk Malayan itu! Pukul dan sikat, jangan sampai tanah dan udara kita diinjak-injak Malaysian keparat itu."

"Doakan aku, aku akan berangkat ke medan juang sebagai patriot bangsa, sebagai martir bangsa, dan sebagai peluru bangsa yang tak mau diinjak-injak harga dirinya."

"Serukan, serukan ke seluruh pelosok negeri bahwa kita akan bersatu untuk melawan kehinaan ini. Kita akan membalas perlakuan ini dan kita tunjukkan bahwa kita masih memiliki gigi yang kuat dan kita juga masih memiliki martabat."

"Yoo... ayooo... kita ganyang. Ganyang Malaysia! Ganyang Malaysia! Bulatkan tekad. Semangat kita baja. Peluru kita banyak. Nyawa kita banyak. Bila perlu satoe- satoe!"

Rencana nekolim

Dibakar oleh pidato Bung Karno melalui radio itu (waktu itu radio merupakan media utama informasi), gerakan Ganyang Malaysia pun meledak ke seluruh negeri. Pendaftaran sukarelawan terjadi di mana-mana. Semangat bangsa saat itu memang sedang melambung setelah keberhasilan kita membebaskan Irian Barat pada tahun 1962.

Waktu itu, secara militer Indonesia merupakan negara terkuat di Asia Tenggara, terutama berkat persenjataan yang dibeli dari Uni Soviet. Semangat antinekolim juga sangat tinggi. Inggris pada tahun 1960-an itu masih merupakan kekuatan global.

Sebenarnya, Indonesia (dan Filipina) secara resmi setuju menerima pembentukan Federasi Malaysia apabila mayoritas rakyat di daerah yang akan dilakukan dekolonisasi menyetujui lewat referendum yang diorganisasi PBB. Namun, sebelum hasil referendum diumumkan, pembentukan Malaysia sudah diresmikan pada 16 September 1963, sesuatu yang dianggap Indonesia sebagai bukti rencana nekolim untuk terus mengangkangi Asia Tenggara.

Dari segi militer konfrontasi Indonesia-Malaysia, umum disebut sebagai undeclared war karena perang terjadi tanpa pernah didahului pernyataan perang. Inggris dan sekutunya (Malaysia, Australia, dan Selandia Baru) waktu itu memiliki sekitar 17.000 anggota pasukan di Kalimantan serta 10.000 anggota pasukan yang ada di Semenanjung Melayu.

Pertempuran kecil-kecilan (skirmishes) tentara Indonesia dengan Inggris terutama terjadi di perbatasan Kalimantan. Ada juga penyusupan tentara Indonesia di Semenanjung Malaysia.

Konfrontasi berakhir setelah Presiden Soekarno digantikan oleh Presiden Soeharto. Jumlah korban tewas di kedua belah pihak lebih besar berada di pihak Indonesia (sekitar 590 orang dibandingkan dengan Inggris, Australia, Selandia Baru yang hanya 114 jiwa).

Dalam rangkaian konfrontasi ini, sebuah insiden pernah terjadi antara Indonesia dan Singapura tatkala Singapura tetap menggantung dua prajurit marinir Indonesia yang tertangkap waktu menyusup ke Singapura meski Presiden Soeharto sudah mengirim utusan khusus agar hukuman itu diperingan.

Insiden itu lama terekam dalam ingatan kolektif bangsa, antara lain lewat syair yang dinyanyikan dalam permainan kim (main tebak angka berhadiah ala Minang yang kemudian dilarang karena dianggap judi). Bunyinya "Lee Kuan Yew sangat kejam, membunuh dua pahlawan, nama Harun dan Usman".

Semua peserta tebak-tebakan pun langsung mafhum, angka yang keluar adalah 68, yakni tahun terjadinya penggantungan itu.

Kini kedua pemerintah, Indonesia dan Malaysia, sepakat menyelesaikan insiden perbatasan melalui jalur diplomasi (soft power). Pemakaian kekerasan atau hard power dianggap tidak akan dapat memecahkan masalah.

Namun, perlu diingat, dalam penyelesaian suatu sengketa perbatasan, hard power sering diperlukan sebagai back-up dari diplomasi. Sengketa Irian Barat (Papua) dengan Belanda juga bisa dimenangkan dengan perpaduan kedua hal itu.

Publik mestinya masih ingat, sewaktu penyelesaian kasus sengketa Sipadan-Ligitan dengan Malaysia pada 2002, melalui Mahkamah Internasional pemerintah berusaha meyakinkan masyarakat bahwa kans kita menang fifty-fifty karena kita mempunyai bukti-bukti yang sahih tentang kepemilikan dua pulau tersebut.

Ternyata hasilnya jeblok. Kita kalah karena hanya satu hakim yang memenangkan dalih-dalih kita dan 16 lainnya menolak.

*Susanto Pudjomartono, Wartawan Senior

Editor: Glori K. Wadrianto Dibaca : 37203

Sent from Indosat BlackBerry powered by

   

Komentar :


  • Anwar R

    Kamis, 9 September 2010 | 15:54 WIB

  • aku cadangkan acara sukan di adakan tiap kali ada pergeseran... anak2 kita kan  boleh tanding badminton (Rexy Mainaky juga TKI profesional coach team malaysia juga ye) atau bolasepak, atau sepaktakraw, atau lawan silat aje.. tapi kalau squash atau bowling atau hoki itu Malaysia terlalu kuat.. Indonesia masih gagah juga, belum menjadi seperti India, negara besar tapi mundur sukan. P mau bising2 mahu DI GANYANG2 ??

    Balas tanggapan


  • peter budiman

    Kamis, 9 September 2010 | 12:43 WIB

    perlu shock terapi ganyang malaysia

    Balas tanggapan








__._,_.___
Recent Activity:
blog: http://artculture-indonesia.blogspot.com

-----------------------
Art & Culture Indonesia (ACI) peduli pada pengembangan seni budaya Nusantara warisan nenek moyang kita. Warna-warni dan keragaman seni budaya Indonesia adalah anugerah terindah yang kita miliki. Upaya menyeragamkan dan memonopoli kiprah seni budaya Indonesia dalam satu pemahaman harus kita tentang mati-matian hingga titik darah penghabisan.
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Hobbies & Activities Zone: Find others who share your passions! Explore new interests.

.

__,_._,___

1 comment:

  1. BUTUH IJAZAH UNTUK MENCARI KERJA - MELANJUTKAN KULIAH - KENAIKAN JABATAN ?!?!
    KAMI JASA PEMBUATAN IJAZAH SIAP MEMBANTU ANDA UNTUK MEMENUHI KEBUTUHAN IJAZAH UNTUK BEKERJA ATAU MELANJUTKAN SEKOLAH / KULIAH.
    BERIKUT INI MERUPAKAN JASA YANG KAMI SEDIAKAN.

    -SMU:4.000.000
    -D3:6.000.000
    -S1:8.000.000

    * AMAN, LEGAL, TERDAFTAR DI UNIVERSITAS / KOPERTIS / DIKTI, BISA UNTUK MASUK(PNS, TNI, POLRI,BUMN, SWASTA).

    JUGA MELAYANI PEMBUATAN SURAT SURAT PENTING SEPERTI:SIM, STNK, KTP, REKENING BANK, SURAT TANAH, AKTE KELAHIRAN.BPKB, N1, SURAT NIKAH, DLL.

    SYARAT:KTP/SIM,FOTO BERWARNA DAN HITAM PUTIH,UNIVERSITAS YANG DITUJU,IPK YANG DIMINTA(MAX 3,50),TAHUN KELULUSAN YANG DIMINTA,ALAMAT PENGIRIMAN YANG DIMINTA.KIRIM KE: 085736927001.ku@gmail.com
    HUB: +6285736927001.

    (HANYA UNTUK YANG SERIUS SAJA)

    Nb:Semua manusia berhak meiliki pekerjaan dan pendidikan yang layak,entah dari kalangan atas,menengah dan bawah.Maka dari itu kami ada untuk anda yang mebutuhkan ijazah atau surat-surat penting lainnya

    ReplyDelete