Pesta Penyair Indonesia yang berlangsung pada 2528 Mei 2007 di Taman Budaya Sumatera Utara Medan ini
adalah bersempena dengan The 1st Medan International Poetry Gathering.
Pesta yang dianjurkan Laboratorium Sastra Medan, Dinas Kebudayaan dan Para wisata Medan, Dewan Kesenian Medan dan Garuda Plaza Hotel Medan ini bertujuan untuk mem pertemukan penyair Indonesia dengan penyair seluruh Nusantara.
Antara lain, pesta puisi ini bertujuan untuk mewu judkan ruang komunikasi dan mempererat hubungan silaturah him antara penyair serantau, di samping mengamati tradisi sas tera dan adat istiadat daerah.
Pesta ini disertai oleh lebih 150 orang penyair dan pengkritik sastera dari Indonesia, Malaysia, Brunei,Thailand,danSingapura. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur diwakili oleh Mohd Amran Daud, Saifullizan Yahaya, dan Sharunizal Mohd Noor.
Pesta ini berjaya menarik per hatian ramai peserta melalui sesi pembentangan kertas kerja oleh tokoh penyair/pengkritik tersohor seperti Ahmadun Yosi Herfanda, Afrion, Viddy AD Daery (Indonesia), S.M. Zakir, Mohamad Saleeh Rahamad (Malaysia), dan Zefri Arif dan Syed Mansor (Brunei).
Dalam kertas kerja utama, ber tajuk "Sepintas Sastra Indonesia Mutakhir", Ahmadun Yosi mela hirkan kesenangannya terha dap kesusasteraan Indonesia yang semakin berkembang, dan sangat menarik untuk dicermati. Pelbagai ragam fiksi diutarakan dalam karya termasuk fiksyen sejarah, fiksyen budaya, dan pen tafsiran baharu.
Sementara itu, SM Zakir dalam kertas kerjanya, "Tiga Penyair Malaysia dalam Pergelutan Ruang Ketiga" mengetengahkan tiga orang penyair Malaysia yang mewakili era mutakhir, iaitu Rahimidin Zahari, Shamsuddin Othman, dan Zaen Kasturi. Tiga orang tokoh ini mewakili golongan peribumi tradisi yang tegar mempertahankan keperib adian bangsa berasaskan hubun gan tekal histriografi, etnografi, psikologi dan nilai autentik bangsa dan negara,melaluikarya mereka.
Selain sesi pembentangan, Pesta Penyair Indonesia ini juga menyelitkan dialog Kebudayaan Serantau dan Musyawarah Sas terawan Nusantara. Pesta tahunan yang diadakan secara penggiliran (Indonesia, Malaysia, Brunei, Thailand) ini diserikan dengan persem bahan baca puisi oleh penyair Indonesia, Tarmizi Rumahitam, dan Nurhilmy Daulay. Penyair Malaysia, Mohd Amran Daud (DBP) dan Amirul Fakir serta penyair Brunei, Zefry Arif turut membuat persembahan.
( OlehMohdAmranDaud ) |
No comments:
Post a Comment