Monday, January 25, 2010

[ac-i] Pemerintah Malaysia tegur pemberian hadiah sastra tertunda-tunda

 

SASTERA-UTUSAN MALAYSIA

ARKIB : 24/01/2010

HSPM jadi acara tahunan


Muhyiddin (kanan) menyampaikan hadiah kepada Said Zahari di majlis Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) di Kuala Lumpur Isnin lalu.


Penganjur Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila penerima hadiah untuk tahun penilaian 2006 dan 2007 disampaikan pada 2010.


Majlis penyampaian hadiah HSPM ke 18 telah diadakan di Hotel Legend Kuala Lumpur 18 Januari lalu merangkumi penerima hadiah untuk tahun penilaian 2004 hingga 2007. HSPM dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mula diperkenalkan pada 1972 yang dikenali sebagai Hadiah Karya Sastera.


Semasa berucap pada majlis penyampaian HSPM itu, Muhyiddin melahirkan rasa terkejut kerana HSPM tidak diadakan secara tetap dua tahun sekali. Majlis penyampaian hadiah sepatutnya diadakan pada 2006 dan 2008 yang lalu.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meminta DBP menganjurkan HSPM setiap tahun dan bukan dua tahun sekali seperti kebiasaannya untuk mencari lebih banyak karya-karya sastera yang berkualiti tinggi.


Ini bermakna tahun depan dan seterusnya, khalayak sastera mempunyai satu lagi anugerah dalam kesusasteraan selain Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) yang diadakan setiap tahun sejak 25 tahun lalu.


Penganjur HSPM mesti serius untuk memastikan acara ini diadakan pada masa yang ditetapkan. Ketiadaan acara pada 2006 dan 2008 memperlihatkan seolah-olah belanja untuk kegiatan sastera menjadi mangsa penjimatan.


Kesungguhan


Ini memberikan kesan yang buruk sekaligus menambahkan persepsi masyarakat bahawa kesusasteraan tidak memberi sumbangan dalam pembangunan negara. Padahal kerajaan telah lama memperlihatkan kesungguhan menyemarakkan dunia sastera dan budaya.


HSPM adalah hadiah yang bertaraf nasional dan sekaligus menjadi kayu pengukur turun naik mutu pengkaryaan di negara ini. DBP mungkin boleh memberikan jawapan ketiadaan acara pada 2006 dan 2008. Adakah pihak sekretariat tidak sempat mengumpul karya-karya untuk dinilai atau sememangnya sengaja tidak diadakan?


Memang benar, apalah ada pada acara penyampaian hadiah. Tambahan pula khabarnya semua pemenang untuk tahun penilaian 2002 dan 2005 sudah diberi hadiah. Tetapi hadiah disampaikan menerusi pos. Acara dalam kesusasteraan juga penting kerana ini mengingatkan masyarakat tentang hal-hal kesusasteraan.


Format penyertaan seperti yang ada sekarang iaitu sekretariat mengumpul karya-karya pada tahun penilaian wajar diteruskan. Pada masa yang sama penulis dan penerbit buku juga digalakkan menghantar pencalonan untuk mengatasi masalah keciciran karya yang bermutu.


Tetapi sekretariat tidak boleh mengharapkan penyertaan daripada penulis semata-mata. Sebaliknya melipatgandakan usaha menjejaki karya-karya untuk dinilai bagi HSPM. Kita tidak mahu ada karya bermutu yang tercicir kerana penulisnya tidak menghantar pencalonan, sekretariat pula terlepas pandang.


Sementara itu kategori cerpen untuk tahun penilaian 2006 dan 2007, tiga cerpen yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia antara sepuluh cerpen yang dipilih oleh panel juri.

Cerpen itu ialah Cinta Puncak Sagarmatha karya Rozais Al-Anamy, Pusaka Cendana (Nisah Haron) dan Nilai Cinta Kami (Azizi Haji Abdullah). Cerpen Cinta Puncak Sagarmatha dan Pusaka Cendana pernah memenangi hadiah utama HSKU 2006.

Karya puisi Sasterawan Negara A. Samad Said, Malam Rosiah yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia 2006 antara sepuluh karya terpilih kategori puisi.


Buku tulisan tokoh wartawan terkemuka, Said Zahari, Dalam Ribuan Mimpi Gelisah: Memoir Said Zahari terbitan Utusan Publications & Distributors (UP&D) dipilih untuk menerima hadiah kategori buku (autobiografi).



Coba Yahoo! Messenger 10 Beta yang baru
Kini dengan update real-time, panggilan video, dan banyak lagi!

__._,_.___
blog: http://artculture-indonesia.blogspot.com

-----------------------
Art & Culture Indonesia (ACI) peduli pada pengembangan seni budaya Nusantara warisan nenek moyang kita. Warna-warni dan keragaman seni budaya Indonesia adalah anugerah terindah yang kita miliki. Upaya menyeragamkan dan memonopoli kiprah seni budaya Indonesia dalam satu pemahaman harus kita tentang mati-matian hingga titik darah penghabisan.
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment