Saturday, September 11, 2010

[ac-i] Gaji di Malaysia standarnya sudah tinggi,akan dinaikkan lagi?Wuiihh

 

UTUSAN MALAYSIA-BERITA UTAMA

Struktur gaji Malaysia dikaji

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Kerajaan akan mewujudkan langkah-langkah bagi memastikan struktur gaji di Malaysia setara dengan nilai sebenar bakat seseorang, kata Perdana Menter,i Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.


"Saya berpendapat bakat sumber manusia di Malaysia mempunyai nilai di bawah pasaran. Maka, kami perlu mencari satu mekanisme, yang boleh meningkatkan tahap gaji di negara ini," katanya.


Ini merupakan antara langkah yang akan diambil kerajaan bagi menarik diaspora rakyat Malaysia, kata beliau ketika diwawancara Martin Soong dalam rancangan The CNBC Conversation.


Najib berkata kerajaan juga akan mengumumkan beberapa perkara penting sedikit masa lagi dalam hal pengwujudan Talent Corporation (perbadanan bakat) yang akan menarik rakyat Malaysia yang berada di luar negara, untuk menggalakkan mereka kembali berkhidmat di negara ini.


Daripada segi untuk mengurangkan pengaliran keluar dana, beliau berkata setakat ini, terdapat beberapa petunjuk awal yang positif.


"Dalam suku pertama tahun ini, aliran kekayaan adalah sedikit sebanyak setara. Ini adalah satu petanda baik. Kemungkinannya adalah sudah wujud lebih keyakinan dan semakin jelas daripada segi hala tuju negara ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, perolehan kerajaan kini adalah berdasarkan kepada tender terbuka atau terhad.


Sebagai sebahagian daripada tindakan besar yang diinstitusikan oleh kerajaan bagi membanteras rasuah, beliau berkata, proses secara rundingan terus telah banyak berkurangan.


Beliau berkata kerajaan akan terus komited untuk membanteras rasuah, yang menjadi sebahagian besar agenda nasional dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).


"Kami akan mengukuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi kami perlu menghasilkan lebih banyak keputusan, iaitu sabitan. Ini adalah satu proses, satu perjalanan, kami komited melakukannya (membanteras rasuah). Kami pastinya akan memfokuskan kepada bagaimana hendak melaksanakannya," kata Najib. – BERNAMA


__._,_.___
Recent Activity:
blog: http://artculture-indonesia.blogspot.com

-----------------------
Art & Culture Indonesia (ACI) peduli pada pengembangan seni budaya Nusantara warisan nenek moyang kita. Warna-warni dan keragaman seni budaya Indonesia adalah anugerah terindah yang kita miliki. Upaya menyeragamkan dan memonopoli kiprah seni budaya Indonesia dalam satu pemahaman harus kita tentang mati-matian hingga titik darah penghabisan.
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment