Warna Kehidupan: Pantang larang kapur sirihOleh Nurul Farina Nazlan Masyarakat Melayu, India dan suku Sarawak manfaat cara berbeza Seakan-akan tidak percaya dengan jawapan itu dan selepas melihat reaksi pelik penulis, pemilik kedai terbabit menerangkan dalam masyarakat India, ada pantang larang bahawa mereka tidak dibenarkan menjual kapur pada waktu senja kecuali pembeli mengambil sendiri tanpa bertanya kepada penjual dan terus membayarnya. Pensyarah Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya (UM), Prof Dr M Rajantheran, berkata sebenarnya kebanyakan kepercayaan dan pantang larang masyarakat India terhadap penggunaan kapur sirih semakin terhakis ekoran peralihan zaman dan kepercayaan yang menipis di kalangan generasi muda. "Dalam masyarakat Melayu pantang larang ini kurang berbanding Jawa yang sering mencalitkan kapur di bahagian telinga kanak-kanak, pada upacara kematian bagi mengelakkan si anak daripada terkejut atau terkena sampuk dengan makhluk halus," katanya. Yusmilayati mendedahkan, kajian pelajarnya berhubung amalan pantang larang membabitkan kapur sirih di Sarawak mendapati bahawa kapur yang dibalut dengan daun sirih dan pinang diletakkan bersebelahan sebatang paku dalam upacara perkahwinan. Semua barang berkenaan akan dibuang ke dalam sungai kerana dipercayai boleh membuang sial, mengelakkan pasangan pengantin daripada terkena bala dan demi menjaga keselamatan pasangan pengantin dan bagi memastikan majlis perkahwinan terbabit berjalan lancar. "Amalan itu masih menjadi tradisi masyarakat di Sarawak hingga ke hari ini . Malah, ia juga digunakan bagi menaikkan seri wajah dalam perubatan di sana dan dipanggil 'menconteng' iaitu bagi mengelak gangguan makhluk halus dengan mencalit kapur di atas kunyit hidup," jelasnya. Yusmila berkata, kebanyakan bomoh dan pawang menggunakan mantera tertentu bagi tujuan menyembuhkan penyakit terutama yang berkaitan dengan makhluk halus dan menasihatkan masyarakat agar meneliti sama ada ia bertentangan atau tidak dengan hukum Islam. Bismi'llahi'l -Rahmani'l-Rahim Nun di atas na pinangku Nun di atas du sirihku Kumbang menari-nari padaku Semut mengiring-ngiring dibibirku Seri naik ke dahiku Cahaya naik ke wajahku Seri ku sik hilang Cahaya ku sik berubah Berkat aku makei doa la ilaha illa'llah Muhammadar Rasulullah. Justeru, amalan dan pantang larang berkenaan kapur sirih sebenarnya tidak menjadi satu kesalahan jika diamalkan, tetapi ia perlu dielakkan jika membawa kepada amalan khurafat dan syirik khususnya kepada |
Lebih Bersih, Lebih Baik, Lebih Cepat - Rasakan Yahoo! Mail baru yang Lebih Cepat hari ini!
-----------------------
Art & Culture Indonesia (ACI) peduli pada pengembangan seni budaya Nusantara warisan nenek moyang kita. Warna-warni dan keragaman seni budaya Indonesia adalah anugerah terindah yang kita miliki. Upaya menyeragamkan dan memonopoli kiprah seni budaya Indonesia dalam satu pemahaman harus kita tentang mati-matian hingga titik darah penghabisan.
No comments:
Post a Comment