Friday, March 19, 2010
PUSAT TAMADUN TERTUA ASIA TENGGARA DITEMUI DI MALAYSIA.
Jika sebelum ini ditemui bukti-bukti bahawa Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang lebih tua dari jangkaan sebelumnya iaitu sekitar abad ke 3 Masihi (Tahun 200-299) mendahului usia Kerajaan Kutai di Indonesia, baru-baru ini ditemui bukti-bukti bahawa Kerajaan Kedah Tua telah wujud sekitar 110 Masihi (tamadun Sungai Batu) atau abad 1 Masihi.
Candi Kampung Pangkalan Bujang.
Candi Pendiat.
Candi Batu Pahat.
Candi Bendang Dalam.
Candi Pangkalan Bujang.
Candi Sungai Batu.
Gambar-gambar di atas merupakan runtuhan beberapa buah candi-candi purba di Lembah Bujang.Berdasarkan kajian, candi-candi di Malaysia ini mempunyai pengaruh tempatan iaitu campuran binaan bata dan kayu. Di bawah merupakan contoh miniature candi-candi di Lembah Bujang.
------------
TAMADUN 110 MASIHI.
Bukti terbaharu pusat tamadun berusia 1,900 tahun.
Penemuan sebuah pusat memproses batu bata dan besi serta jeti-jeti purba di Sungai Batu tidak jauh dari Lembah Bujang membuka satu lembaran baharu dalam sejarah peradaban Malaysia.Jika sebelum ini hanya candi-candi yang ditemui, tapak arkeologi Sungai Batu pula menemui dua jeti, dua relau peleburan besi purba, pusat pembuatan batu bata dan 87 tapak masih dalam proses penggalian.
Turut di temui ialah 10 000 buah alat peniup haba, tembikar-tembikar lama, dan prasasti yang berbentuk syair dan mantera dalam tulisan Sanskrit - Palava.
-----------------------
Art & Culture Indonesia (ACI) peduli pada pengembangan seni budaya Nusantara warisan nenek moyang kita. Warna-warni dan keragaman seni budaya Indonesia adalah anugerah terindah yang kita miliki. Upaya menyeragamkan dan memonopoli kiprah seni budaya Indonesia dalam satu pemahaman harus kita tentang mati-matian hingga titik darah penghabisan.
No comments:
Post a Comment