Ismail Hussein kekal terajui Gapena
KUALA LUMPUR 3 Julai - Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein mengekalkan rekod tanpa kalah sejak 40 tahun lalu apabila berjaya mengekalkan jawatan Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dalam pemilihan persatuan itu hari ini.
Beliau yang memperolehi 55 undi mengetepikan pencabarnya, Amiruddin Md. Ali Hanafiah iaitu seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jinjang dengan kelebihan 36 undi.
Ini merupakan cubaan kali kedua Amiruddin untuk menduduki pucuk pimpinan Gapena sejak 2008..
Turut mengekalkan jawatan masing-masing pada pemilihan sempena Mesyuarat Agung Gapena Ke-39 termasuk Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar (Ketua Dua); Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan (Setiausaha Satu); Profesor Madya Dr. Hashim Ismail (Setiausaha Dua) dan Hamzah Hamdani (Bendahari).
Sementara itu, lima Ahli Jawatankuasa yang terpilih daripada 11 pencalonan ialah Datuk A. Aziz Deraman, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling, Datuk Abd. Samad Maharuddin, Borhan Md. Zain dan Datuk Dr. Mohd. Mansur Abdullah.
• Shahrizat sifatkan kejayaan perjuangan Wanita UMNO
• Ainuddin, Norazrah johan tilawah al-Quran
• PM: Negara hilang generasi pejuang kemerdekaan
• Melayu P. Pinang perlu ambil iktibar
• 283 sekolah punyai kemudahan paling teruk
• Galak promosi produk baru pelancongan
• 'Istana Negara bukan istana air mata' - Ezam
• Curi kabel: TM beri ganjaran RM10,000
• Skim pencen anggota polis sebelum merdeka
• Ismail kekal terajui Gapena
• Mekanik maut, 3 rakan cedera
• KDN tidak pilih kasih antara suara perkasa dan suara keadilan
• Gerakan bantu 100,000 miskin tegar
• Bantu tingkat prestasi pelajar - Rosmah
• 17,967 rumah mesra rakyat lulus
• Remaja tinggalkan rumah selepas ditegur pakai jean
• Mimie akhirnya pulang ke Sabah
-----------------------
Art & Culture Indonesia (ACI) peduli pada pengembangan seni budaya Nusantara warisan nenek moyang kita. Warna-warni dan keragaman seni budaya Indonesia adalah anugerah terindah yang kita miliki. Upaya menyeragamkan dan memonopoli kiprah seni budaya Indonesia dalam satu pemahaman harus kita tentang mati-matian hingga titik darah penghabisan.
No comments:
Post a Comment