Wednesday, October 21, 2009

[ac-i] dibantu malah melempar batu

 

Godam: 'Antara kemanusiaan, kesombongan dan harga diri!'

Oleh Salbiah Ani
dahiya@bharian.com.my

SETIAP kali menyaksikan tayangan video mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia, pasti sebahagian besar daripada rakyat Malaysia tergenang air mata kerana hiba dan simpati yang melaut terhadap nasib malang tak kunjung sudah yang terpaksa dipikul rakyat negara jiran itu angkara 'kemarahan' alam.

Tindak balas semula jadi ini ekoran rasa kemanusiaan rakyat Malaysia yang melangit sehingga tidak mengenal erti sempadan geografi, politik mahupun agama, lalu sentiasa bersedia menghulur bantuan meskipun pada jeda masa yang rapat dan tanpa dipinta kerana kebetulan malang menimpa bukan atas permintaan mereka.

Tetapi bila dikenang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilontar dengan batu ketika menghantar bantuan kepada tujuh kampung di Pariaman, Sumatera yang musnah angkara gempa bumi sehingga 500,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan 100,000 kediaman musnah; ramai rakyat negara ini berang.


__._,_.___
blog: http://artculture-indonesia.blogspot.com

-----------------------
Art & Culture Indonesia (ACI) peduli pada pengembangan seni budaya Nusantara warisan nenek moyang kita. Warna-warni dan keragaman seni budaya Indonesia adalah anugerah terindah yang kita miliki. Upaya menyeragamkan dan memonopoli kiprah seni budaya Indonesia dalam satu pemahaman harus kita tentang mati-matian hingga titik darah penghabisan.
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment