Tuesday, October 27, 2009

[ac-i] Puisi Padang di Sabah

 

Tangisan Padang di Teluk Likas

Oleh Fatta Hassan Sankar
bhsastera@nstp.com.my


PENGARAH DBP Cawangan Sabah, Zubaidi Abas (lima dari kanan) bergambar kenangan dengan penyair yang menjayakan Tangisan Padang di Teluk Likas.

Tanda simpati penyair Sabah kepada mangsa gempa bumi Sumatera

SETITIK air mata yang tumpah di bumi Padang bagai turut menyentap nurani saudara serumpun di bumi Malaysia sehingga terlaksana Baca Puisi Teluk Likas - Tangisan Padang sebagai tanda keprihatinan mereka terhadap tragedi di Padang, Sumatera Barat, pada 30 September lalu.

Tirai majlis anjuran Ikatan Penulis Sabah (IPS) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah


dibuka deklamator Ali Amat Anas yang membacakan puisi, Suatu Padang karya Ready Susanto, penyair dari Bandung yang dikirimkan kepada khusus untuk acara terbabit.

"dan tibalah jua aku
di suatu padang, reruntuh
gedung dan ribuan orang
berpulang
menjumpaimu, suatu
pertemuan belum
terlunaskan.

"ah, kakak sayang,
maafkan, maafkan
petang ini dijemputnya aku
untuk satu janji yang
tak dapat lagi dibatalkan.



Deklamator yang sudah lama tidak beraksi di pentas puisi, Basyiroh Abd Mukti, juga seorang peguam, tampil dengan Tangisan Padang karya Hasyuda Abadi, mengajak khalayak untuk segera insaf betapa pentingnya hubungan ukhuwah sesama manusia apalagi jika bersaudara.

saudara-saudaraku yang lain
yang telah hilang dan merasa kehilangan
musibah ini menyentuh kalbu
mendekam rasa sayu, sedih dan pilu.

hulur seluhur simpati dan doa yang panjang
bumi bergetar itu hikmah keinsafan
dan tangisan yang membelah padang
menyatu patuh tiadakan goyah takwa
tiang yakin telah didirikan berzaman
semakin ampuh menerima ketentuan
di sana tangisan kudengar/dari padang kesengsaraan ujian Tuhan
terjemahan yang memancar piala keimanan.


Pensyarah Sekolah Pengajian Seni Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mohd Fuad Bebit, selaku hos tampil dengan puisi, Pandang-Pandang di Padang dan menyampaikan dengan penuh dramatik ujian getir yang terpaksa dihadapi penduduk tujuh perkampungan di Padang.

penonton seolah-olah melihat
padang bergegar tiang bergoyang
tiangnya hilang
pohonnya tumbang
terumbang ambing mencari imbang
tersasar
terdampar tak sedar
dalam runtuhan celah-celah akar besar
tercalar
terlantar di balik kamar tertiarap
terhempap di tengah padang
padang hilang tak sempat dipandang.


Ketua Satu IPS, Mohd Jasni Yakub, membawa segala keresahan mangsa gempa bumi ketika beraksi di pentas dengan puisi, Jeritan Kota Padang, manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut, Datuk Mohamad Arifin Arif, lewat Sepadang Tangis mengajak semua segera insaf di samping bertawakal dengan bencana yang menimpa.

reda takkan hakis
tabah yang menitis dari hujung qadar
menetas kasih di pucuk tawakal.

sepadang tangis
esak syahdu bertebar
sepetang uji al Akbar
sepadang hikmah iktibar.


Pegawai Perancang Bahasa DBP Sabah, Abdul Nassir Said, beraksi di pentas puisi dengan Kembali Sujud, Salmah Matius (Wajah di Cermin karya Hasyuda Abad), Muhammad Salleh atau lebih dikenali sebagai Mat Congo (Tsunami Bukan Hanya Nama).

Penyanyi lagu puisi tersohor Sabah, Aloy, mengalunkan lagu popular Ebiet G Ade, Berita Kepada Kawan secara acapella pada majlis yang turut dihadiri, Pengerusi Institut Penilaian Sastera Sabah (INPES) yang juga Ahli Kehormat IPS, Janathan Kandok dan Pengarah DBP Sabah, Zubaidi Abas.

Majlis Baca Puisi Teluk Likas - Tangisan Padang yang berjaya mengubat kerinduan peminat sastera di Sabah turut dimeriahkan dengan aksi baca puisi oleh Ismaily Bungsu, Nandrayanatirow, Hasyuda Abadi (Sukor Usin), Muhammad Salleh, Alipah Jambuan, Eyna Juning, Salmah Matius dan Yusuf Nur.



Berselancar lebih cepat.
Internet Explorer 8 yang dioptimalkan untuk Yahoo! otomatis membuka 2 halaman favorit Anda setiap kali Anda membuka browser.Dapatkan IE8 di sini! (Gratis)

__._,_.___
blog: http://artculture-indonesia.blogspot.com

-----------------------
Art & Culture Indonesia (ACI) peduli pada pengembangan seni budaya Nusantara warisan nenek moyang kita. Warna-warni dan keragaman seni budaya Indonesia adalah anugerah terindah yang kita miliki. Upaya menyeragamkan dan memonopoli kiprah seni budaya Indonesia dalam satu pemahaman harus kita tentang mati-matian hingga titik darah penghabisan.
Recent Activity
Visit Your Group
New business?

Get new customers.

List your web site

in Yahoo! Search.

Y! Messenger

PC-to-PC calls

Call your friends

worldwide - free!

Yahoo! Groups

Mom Power

Discover doing more

for your family

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment