Thursday, October 29, 2009

[ac-i] Klaim atau pinjam ? aah semua saling pinjam kok...

 

Godam: 'Maaf mas dan mbak, semua saling meminjam!'

Bersama Salbiah Ani
dahiya@nstp.com.my

GODAM minggu lalu, Antara kemanusiaan, kesombongan dan harga diri! mendapat reaksi daripada orang kuat Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Timbalan Pengerusi Tetap, Dr Ibrahim Ghafar.

Kiriman SMSnya berbunyi: "Salam puan Salbiah. Terima kasih Godam hari ini. Sebagai penulis rasa diwakili. Meluah rasa resah di hati. Penulis kita tak pernah dihargai, malahan dihina dan disakiti; maruah dan emosi. Kita di tempat mereka dilayan sepi, mereka minta istimewa di sini."

Disusuli dengan puisi spontan beliau: "Padang; ketika 7.6 skala ritcher melanda/ bergegar bumimu barat Sumatera/ takdir mengambus konfrontasi di Jakarta/ padamkah marah mereka ganyang Malaysia/ yang maraknya tumpah di laut rasa/ sedang sebenarnya kita jiran tetangga/ cubit paha kiri, kanan turut terasa/.


Isu Antara kemanusiaan, kesombongan dan harga diri! yang disinggung dalam Godam minggu lalu, turut mengundang pembongkaran maklumat tidak masuk akal dan pasti menambah parah 'luka' rakyat Malaysia dengan tindak-tanduk warga serumpun itu.

"Jika difikirkan memang tidak masuk akal, tetapi inilah yang terjadi. Pesawat Malaysia yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Padang, Indonesia, hendak dikenakan cukai 300 peratus untuk membeli minyak.

"Akhirnya minyak diterbangkan dari Kuala Lumpur dan kadar yang sama hendak dikenakan atas sewaan kereta pacuan empat roda (MPV) penghantar bantuan, lalu sebuah MPV diterbangkan khas dari Malaysia," demikian pengakuan seorang doktor perubatan kepada penulis.

Pendedahan ini menunjukkan betapa pengorbanan kemanusiaan oleh Malaysia sama sekali tidak menyentuh nubari sesetengah rakyat negara jiran itu, tetapi bantuan dari negara ini tetap mencurah seperti air sungai yang mengalir ke laut, tanpa henti.

Seorang teman diskusi pula melihat kegilaan mempaten budaya menjadi punca masalah kekeruhan hubungan budaya antara Indonesia Malaysia dan perkara ini mendapat perhatian ekoran tumpuan yang diberikan media massa di negara jiran itu berhubung perkara terbabit.

"Media Indonesia memberi tumpuan kepada perkara sedemikian, tetapi tidak media di Malaysia. Sedikit pencerobohan menyebabkan ledakan reaksi. Media Malaysia masih dikuasai orang politik atau rela hati dilihat rapat dengan tokoh atau parti tertentu," jelas teman ini dalam nada sinis.

Kebenaran dakwaan kegilaan mempaten budaya oleh negara jiran itu antaranya dapat dilihat melalui usaha mereka mendapatkan pengiktirafan dunia bahawa batik adalah warisan mereka dan langkah serupa turut diambil sebuah lagi negara republik yang berjiran dengan Malaysia.

Ketika Singapura mendapatkan pengiktirafan dunia bahawa roti prata (roti canai) dan nasi lemak adalah milik mereka, tetapi Malaysia tidak menunjukkan kecenderungan ke arah mengangkat makanan mahupun budaya sebagai sebahagian daripada pengenalan jati diri negara.

"Kita berusaha 'menjual' sukan sebagai cap dagang negara ini, sedangkan perkara terbabit mengalami pasang surut seperti pernah dilalui arena bola sepak, hoki dan badminton negara, seolah-olah lupa aspek makanan mahupun budaya boleh mengangkat Malaysia di mata dunia," jelas seorang lagi teman.

Suatu hakikat yang sering dilupakan kelompok yang suka mencari silap negara jiran itu ialah ketiadaan sempadan politik dan geografi di Alam Melayu suatu ketika dulu, malahan ada bahagian tertentu di Siam juga sebahagian daripada wilayah rantau sebelah sini.

Hakikat Alam Melayu satu wilayah dengan hujah Teori Pengunduran Glaseir bahawa sesetengah rupa bumi tenggelam ekoran pencairan bongkah ais hingga mengakibatkan kenaikan paras air laut dan kini perkara serupa berlaku disebabkan fenomena pemanasan global.

"Pada zaman itulah juga berlaku banjir besar pada zaman Noh seperti dikisahkan dalam al-Quran, malahan Injil sehingga nabi itu ditertawakan oleh kumpulan yang menentangnya kerana menyediakan kapal besar di atas darat sebagai persediaan bencana menimpa," ujarnya.

Kelompok Sapu Malaysia @ Ganyang Malaysia sengaja meremehkan hakikat berlakunya migrasi penduduk secara semula jadi dan dalam bentuk paksaan ketika kuasa besar menjajah, menyebabkan terjadi perkongsian budaya secara tidak sengaja antara negara berjiran mahupun jauh terpisah.

Jika Indonesia mahu mendakwa bahasa wayang kulit milik mereka umpamanya, ia sama seperti menafikan bahawa ia juga adalah pinjaman daripada India kerana kisahnya berdasarkan kitab Mahabratta dan Ramayana ketika Islam belum berkembang di rantau sebelah sini.

Mereka hanya memberi sentuhan Indonesia dalam kisah yang disampaikan dengan watak utama daripada kedua-dua epik utama terbabit untuk persembahan wayang purwo dan wayang golek; meminjam kisah benua yang jauh terpisah itu dan apakah ini masih gagal mencelik akal budi mereka!

C


Menambah banyak teman sangatlah mudah dan cepat.
Undang teman dari Hotmail, Gmail ke Yahoo! Messenger sekarang!

__._,_.___
blog: http://artculture-indonesia.blogspot.com

-----------------------
Art & Culture Indonesia (ACI) peduli pada pengembangan seni budaya Nusantara warisan nenek moyang kita. Warna-warni dan keragaman seni budaya Indonesia adalah anugerah terindah yang kita miliki. Upaya menyeragamkan dan memonopoli kiprah seni budaya Indonesia dalam satu pemahaman harus kita tentang mati-matian hingga titik darah penghabisan.
Recent Activity
Visit Your Group
Need traffic?

Drive customers

With search ads

on Yahoo!

Yahoo! Groups

Small Business Group

A community for

small business owners

Yahoo! Groups

Auto Enthusiast Zone

Love cars? Check out the

Auto Enthusiast Zone

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment