Wednesday, May 6, 2009

[ac-i] Trs: DISKUSI PANEL SASTERA ISLAM DI DBP BERMASALAH





--- Pada Sel, 5/5/09, Pendekar Sendang-Drajat <pendekarbudiman1565@yahoo.co.id> menulis:

Dari: Pendekar Sendang-Drajat <pendekarbudiman1565@yahoo.co.id>
Topik: DISKUSI PANEL SASTERA ISLAM DI DBP BERMASALAH
Kepada: pendekarbudiman1565@yahoo.co.id, pesisir@yahoogroups.com, prieyanes@yahoo.com, putrakami@gmail.com, wajahbercahaya@yahoo.co.id, mar@ukm.my, meimura_ragiltheatre@yahoo.com, melgape@pd.jaring.my, apresiasi-sastra@yahoogroups.com, ariemetro@yahoo.com, arifinkatiq_art@yahoo.com, saidatul@ums.edu.my, sastera@um.edu.my, smzakir90@hotmail.com, sefthadi@yahoo.com, spm-gapena@yahoogroups.com, ssanre@yahoo.com, sukmaisa@singnet.com.sg, suraya@ums.edu.my
Tanggal: Selasa, 5 Mei, 2009, 11:05 AM

Pilihan panel berjenama/bermasalah

Oleh Nazmi Yaakub


DARI kiri; A Samad, Hudan Hidayat dan Rasiah Halil ketika melontarkan pandangan mengenai kepengarangan Muslimah Nusantara di DBP, baru-baru ini.

Akibatnya Forum Kepengarangan Muslimah Nusantara tersasar daripada matlamat /tujuan semula

FORUM Kepengarangan Muslimah Nusantara: Arah dan Falsafah kehilangan arah akibat pemilihan panel yang kurang tepat untuk membicarakan dasar kepengarangan serta hala tuju pengarang wanita Islam di wilayah Asia Tenggara khususnya Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Tanpa menafikan kredibiliti dan pengalaman panel dalam dunia sastera, forum anjuran Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (PKBM) itu, gagal dimanfaatkan untuk membuka ruang perbincangan dalam menyelami realiti pengarang wanita Islam merentasi sastera Nusantara.


Pemilihan panel seolah-olah lebih menjurus kepada nama dan status kesusasteraan pengarang tanpa mengira kesesuaian latar dan ilmu untuk membincangkan kepengarangan wanita dalam konteks sastera Islam.

Sepatutnya pemilihan panel yang mewakili sastera tiga negara itu, dibuat dengan mengutamakan panel yang terjun secara langsung dalam sastera Islam sama ada sebagai pengarang, pengkritik atau sarjana.

Apatah lagi sastera Islam bukan ruang yang asing di negara ini kerana perdebatan mengenainya sudah tercetus seawal polemik Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad dan Dr Kassim Ahmad.


Tidak ketinggalan, senario semasa sastera tanah air turut menyaksikan kemunculan pengarang berlatarbelakangkan pendidikan Islam sama ada dari institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan atau luar negara seperti Mesir, Jordan dan Maghribi.

Di negara jiran pula, rentak sastera Islam semakin rancak dengan kemunculan kelompok pengarang muda bernafas Islam lewat Forum Lingkar Pena (FLP) yang dipandu Helvy Tiana Rosa hingga berjaya menumbuhkan kelompok kecil penulis muda Indonesia di luar negara termasuk Mesir yang melahirkan novelis Ayat-ayat Cinta, Habiburrahman el-Shirazy.

Hal ini dibuktikan apabila SN Datuk (Dr) A Samad Said, awal-awal lagi dalam forum itu, mengakui beliau tidak begitu arif untuk memperkatakan kepengarangan wanita dalam sastera Islam, selain berterus-terang beliau kurang afdal, sebaliknya lebih memperkatakan watak wanita dalam karyanya.

"Saya datang dari dunia dan kehidupan bersalut bom mahupun gas. Menyaksikan wanita di sekeliling hanya dari dunia sundal. Saya diserang kerana menulis watak wanita yang gagal, tidak mendapat didikan agama dan sentiasa berhubung dengan dunia roman yang kacau," katanya pada forum di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini,


Bagaimanapun, A Samad, berharap akan lahir novel besar bernafas wanita Islam setebal Anugerah karya Zaharah Nawawi, bahkan lebih tebal daripada karya Dr Fatimah Busu, The Missing Piece yang akan menjadi budaya baru dalam bidang dakwah.

"Mereka akan mendapat suara yang lebih murni berbanding dalam dunia kuasa, manakala penulis seperti Dr Siti Zainon Ismail, Dr Zurinah Hassan, Zaharah dan Fatimah akan menghasilkan karya yang sesuai dengan iklim dan realiti baru, sekali gus mengangkat sama dunia Islami," katanya pada forum yang dipengerusikan Pengerusi PKBM yang juga Sarjana Tamu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah.

Selain A Samad, pengkritik Indonesia, Hudan Hidayat juga tidak berjaya mencungkil falsafah kepengarangan Muslimah khususnya di Indonesia, sebaliknya malahan hanya menyentuh permukaan realiti sastera negara itu yang menyaksikan pertembungan pengarang Islam dengan aliran liberal.

Satu-satunya kupasan yang boleh dianggap berjaya menyelami falsafah kepengarangan Muslimah ialah lontaran pandangan pengarang Singapura, Rasiah Halil, tetapi malangnya, justeru dikekang oleh batasan waktu kesan atur cara majlis yang bertumpu pada acara baca dan analisis puisi, Syurga Kesembilan (Datok Kemala).

Rasiah berkata, kepengarangan wanita Muslimah mesti berada di bawah naungan al-Quran dan al-Sunnah, manakala tonggak penulisan mereka perlu berdasarkan konsep kitab suci Islam itu termasuk menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Betapa jauh khayalan kita menyimpang, kita tidak boleh menyimpang daripada al-Quran dan hadis serta betapa indahnya bahasa, keindahannya tetap berada di bawah kebenaran serta bukannya mengatasi kebenaran itu.

"Islam tidak hanya kerohanian atau hal yang membabitkan pemakaian tudung, sebaliknya segala-gala dalam kehidupan hingga boleh memberikan manfaat kepada manusia dan berada di bawah panji Islam, itulah yang dibenarkan dalam penulisan," ujarnya.

Beliau yakin bahawa penulisan perlu bergerak dalam bingkai al-Quran dan al-Sunnah selain ada batasan dalam kebebasan berkarya, sekali gus menjadikan falsafah penulis wanita Islam berdasarkan tasawur serta pandangan dunia mengikut Islam.

Meskipun falsafah kepengarangan jelas, Rasiah mengakui arah pengarang Muslimah masih belum jelas terutama membabitkan hubungan merentas sempadan negara sehingga penulis di negara ini, Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam dan Selatan Thai tidak mengenali antara satu sama lain.

"Banyak perkara yang perlu dilakukan pengarang Muslimah terutama dalam memperkukuhkan kerjasama dan sekiranya kita tidak mengambil langkah segera, kita hanya berbicara sebegini hanya sekali-sekala," katanya.



Lebih aman saat online.
Upgrade ke Internet Explorer 8 baru dan lebih cepat yang dioptimalkan untuk Yahoo! agar Anda merasa lebih aman. Gratis. Dapatkan IE8 di sini!


Menambah banyak teman sangatlah mudah dan cepat.
Undang teman dari Hotmail, Gmail ke Yahoo! Messenger sekarang!

__._,_.___
blog: http://artculture-indonesia.blogspot.com

-----------------------
Art & Culture Indonesia (ACI) peduli pada pengembangan seni budaya Nusantara warisan nenek moyang kita. Warna-warni dan keragaman seni budaya Indonesia adalah anugerah terindah yang kita miliki. Upaya menyeragamkan dan memonopoli kiprah seni budaya Indonesia dalam satu pemahaman harus kita tentang mati-matian hingga titik darah penghabisan.
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment